Difahamkan akan ada kejutan pada pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam ini.<br /><br />Ia susulan perkembangan di mana penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa tidak tersenarai sebagai calon mempertahankan kerusi diwakilinya seperti diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.